NADI – MAHIR: Mahir Digital Media - Sesi 2 Edit Like A Pro (Capcut) & Jom Jadi Tiktok Creator (Negeri Sembilan)
3 Julai 2026 | Aktiviti Terkini2 Julai 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – MAHIR: Mahir Digital Media - Sesi 2 Edit Like A Pro (Capcut) & Jom Jadi Tiktok Creator (Negeri Sembilan).
Kelas ini memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik penyuntingan video menggunakan aplikasi CapCut serta asas menghasilkan kandungan TikTok yang kreatif dan menarik. Peserta akan mempelajari cara memotong video, menambah teks, muzik, kesan khas, transisi dan sari kata bagi menghasilkan video yang berkualiti. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada tip membina kandungan yang sesuai untuk media sosial, memahami trend semasa, serta menghasilkan video yang lebih berkesan untuk tujuan pembelajaran, promosi perniagaan atau penjenamaan diri. Kelas ini sesuai untuk pemula yang ingin meningkatkan kemahiran penyuntingan video dan penciptaan kandungan digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: